Saturday 31 May 2008

Air mata taubat..


..Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Bayi Berwajah Ular..Fakta dan Mitos




Anda pasti pernah mendengar tentang seorang bayi dilahirkan berwajah ular.Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya salin semula kisahnya.


Kejadian ini benar-benar berlaku di Makkah. Seorang rakan sepejabat pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007. Ceritanya berlaku di hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doktor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.


Sebagai seorang yang pelajar beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya, ia termasuk dalam ilmu perubatan



Harlequin type ichthyosis



Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.


Sejarah


Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:
On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.


Punca


Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis). Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.

Diagnosis

Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.


Rawatan


Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka. Sikap Masyarakat
Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat. Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.
Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?

Jangan bilang tidak..

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu

Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi

Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi



Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba

Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku

Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga

Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

Cinta kita kan abadi

PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA

Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.

Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup.
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh:

1. Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"
Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari. "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2.Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah
Islam menyuruh umatnya bekerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama ialah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud: - dewasa fizikal - dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri. - dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya - dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada. - dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

E. Memilih isteri idaman

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia:
i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya.
iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
viii. Tidak menuntut cerai atau talak.
ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.

ROKOK..sayangi diri anda



Alhamdulilah saya baru sahaja menamatkan respiratory block yang menceritakan tentang sistem pernafasan manusia.Kebetulan assignment saya berkaitan penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) yang semakin banyak dan popular pada masa kini.Salah satu penyebab penyakit ini adalah rokok dan major risikonya adalah perokok.Ini adalah sebahagian isi assignment saya semoga menjadi manfaat pada semua.

Islam memperakui bahawa kesihatan itu adalah nikmat yang mesti dipelihara. Menurut Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam kesihatan merupakan salah satu rukun asasi bagi kebahagiaan di dunia ini, sebagaimana sabda Baginda:

Maksudnya: “Sesiapa di kalangan kamu memasuki waktu pagi dalam keadaan aman pada jiwanya, sihat tubuh badannya, mempunyai (cukup) makanan hariannya, maka seolah-olah dia memiliki dunia ini.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Info Kesihatan : Tabiat Merokok, Kesan & Akibat

Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam,oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu,tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia
dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi
dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide)
yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya,kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.
Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia jugamerosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10
jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut,
50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung,
kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20
bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih
baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

Thursday 29 May 2008

RINDU...

Ya Allah....

Bila hati ini merindu...

PadaMu aku mengadu...

Bila jiwa ini resah gelisah

PadaMu jua aku berserah..


Ya Allah...

Aku hanyalah hambaMu yang lemah

Seringkali aku tersungkur di lembah

Dalam mencari nilai sebuah kemanusiaan

Dalam mengenal erti sebuah kehidupan


Ya Allah..

Aku cukup mentah untuk mengutip kesabaran

Lantaran sering ditempiaskan oleh kemarahan

Akhirnya rebah sendiri di batas kekesalan....

Ya Allah...Bantulah aku mencari kasihMu


Kerana kutahu....

Aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah

Yang hanya padaMu cintanya tercurah!

Pun jua bukan Siti Khadijah

Isteri kecintaan Rasulullah...!


Lalu nun disana...

hati ini berbicara... "Ya Allah.........

Masih adakah lagi insan yang seperti mereka..

Sanggup pertaruhkan kesenangan dunia...

Yang cukup mudah melafazkannya tapi sukar untuk dikota......?"

Wednesday 28 May 2008

Antara Harapan dan Impian..



..”Tahniah kerana berjaya memasuki sekolah berasrama penuh.Sila mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Sains Machang pada 19 Januari 2000”..surat dari pihak sekolah itu ku belek dengan penuh makna.perasaan ku bercampur antara sedih dan gembira.sedih kerana aku akan berpisah dengan keluarga tersayang Dan mula belajar hidup berdikari di asrama seperti abang2 Dan kakak2 ku semua.Aku juga terpaksa berpisah dengan rakan-rakan ku yg lain.Namun gembira tetap ada kerana dari 4orang yg berjaya mendapat 5A di sekolah kampung sepertiku,aku yang pertama mendapat tawaran ke SBP.Temanku yang lain menyusul ke MRSM.Mak Dan ayah menerima berita tawaran tersebut dengan penuh kesyukuran.Riak wajah mereka berdua menunjukkan perasaan gembira yg tidak terkira.”nanti bila kamu bersekolah di sana,belajar la rajin-rajin.mak nak sangat ijah jadi doktor”..kata-kata itu sering aku dengar sejak dari kecil.sudah beribu-ribu kali masuk ke telinga ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Jauh di sudut hatiku memendam cita-cita untuk menjadi seorang peguam.Perasaan minat yang mendalam tentang bidang perundangan membuatkan diriku tersepit antara harapan ibu bapa dan impian diri sendiri.

Lima tahun di SMACH berlalu begitu pantas.Di situ aku belajar erti kehidupan.Kehidupan di asrama yang membuatkan ku menangis sendiri.Pergaulan dengan senior yang kadang-kadang terlalu memandang senioriti,kawan-kawan yang membuatkan sedih Dan gembira.Semua tu menjadi kenangan manis untuk dikenang.Aku juga mengenali sahabat baikku di sini.Berkongsi suka duka bersama,makan bersama Dan kadang2 tidur pun bersama.Persahabatan itu manis bila terjalin berlandaskan keikhlasan Dan kejujuran.

Hari yang ditunggu untuk keputusan SPM diumumkan akhirnya tiba jua.Aku memang bersemangat dari awal pagi lagi untuk ke sekolah.Dari semalam mataku tidak dapat terpejam dengan lenanya memikirkan keputusan yang bakal aku terima.Aku terdengar mak Dan ayah sedang berbicara tentang diriku bila melihat laporan di Buletin Utama.Ada orang dapat 171A..Hebat sungguh Amalina dapat memecahkan rekod Negara.Aku semakin takut.Bagaimana lah agaknya jika aku menghampakan mereka berdua.Kawasan sekolah sudah dipenuhi teman-teman seperjuangan.Wajah murung Dan gembira semua ada.Aku mengambil slip dengan tenang walaupun hati bergelora.Aku pasrah dengan bakal yang akan ku terima.Keputusan yang agak cemerlang tapi aku kecewa.9A1B itu tidak membawa makna kepada ku kerana subjek fizik dapat B.Musnah lah harapan untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di luar Negara.Ramai rakan sekelasku mendapat straight A’s.Bergembiralah mereka..

Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan IB di kolej mara seremban untuk program mathematic.Hatiku tidak teruja walaupun selepas IB akan dihantar ke New Zealand atau Australia..Entah mengapa hatiku masih rasa bersalah kerana mengecewakan ibu Dan bapa tercinta.Keputusan untuk ke matrikulasi adalah satu keputusan sampai sekarang aku persoalkan.Aku kecewa dengan matrikulasi.Aku tidak menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.Terlalu bodoh rasanya mensia-siakan masa itu.Selepas matrikulasi dengan keputusan yang seadanya aku bertekad untuk meneruskan harapan orang-orang tersayang dalam bidang perubatan.

Alhamdulilah sekarang aku sudah berada di bidang yang mula aku menyintainya.Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta.Sesungguhnya bidang ini sangat menarik Dan banyak ilmu yang aku belajar mengenai manusia.”mak,ijah dah sampai ke landasan yang mak mahukan.”Berkat doa seorang ibu membawa aku ke sini.merantau di bumi Indonesia.Akan ku tunaikan harapan mu mak Dan ayah.Ini jua impian ku sekarang untuk menjadi seorang doktor muslim yang berjaya.Dan kini aku hampir berjaya menamatkan pengajian sebagai mahasiswa semester 4 di bidang perubatan..Semoga peristiwa lalu menjadi pengajaran pada diri ini."kejayaan dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa"……..


Tuesday 27 May 2008

layakkah aku menjadi pendamping khalifah??


Malam semakin larut..namun mata belum menunjukkan mahu terlelap.saya membuka suis laptop dan mula menaip..mungkin rindu nak menulis blog kot.dah lama tak menulis.
Angin malam yang dingin membuat diri terasa selesa di suasana yang sepi.sudah tidak kedengaran lagi suara manusia di bilik-bilik yang lain.mungkin teman-teman yang lain sudah enak dibuai mimpi indah.

....seorang sahabat datang pada saya hari ini dengan wajah yang muram dan sedih."siti,mengapa aku masih single?? mengapa lelaki yang baik selalu dikecewakan oleh perempuan yang jahat dan perempuan yang baik sentiasa berjumpa dengan lelaki yang tidak baik??mengapa tidak yang jahat itu bertemu dengan yang jahat dan biar kedua2 merasa sakit kerana biasanya hanya seorang yang menderita keperitannya"...Masyaallah.saya kehilangan kata-kata.bagaimana mahu membetulkan persepsi sahabat saya ini yang sudah menganggap dunia ini sudah tidak adil.

Bukankah di dalam surah an-nur ayat 26 itu menyebut:Perempuan-perempuan yang keji itu untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji itu untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik hanya untuk lelaki-lelaki yang baik,dan sebaliknya.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)..
Maka jelaslah melalui firman Allah ini setiap yang berlaku itu telah diperhitungkan dengan sebaiknya.Kita sebagai hamba hanya layak berdoa untuk mendapat yang terbaik dan berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan itu terletak padaNya.Jika jodoh itu datang lambat mesti ada hikmahnya.Lihatlah dari sudut yang positif.mungkin Allah mahu kita menunaikan tangunggjawab yang lain dulu seperti berbakti pada kedua ibu bapa,agama dan sebagainya.bukan selepas berkahwin perkara ini tidak boleh dilakukan namun mungkin setelah bertambah tanggungjawab kita akan berkurang untuk itu..

Indahnya hidup jika dapat menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang memang mengharapkan cinta Allah sepenuhnya.

Layakkah kita untuk menjadi pendamping khalifah?? Bersama kita merenung diri.Jangan terlalu sibuk memikirkan untuk mencari yang soleh atau solehah (baik) tapi beringatlah yang soleh/solehah itu tidak datang jika kita masih belum jadi seperti itu..
Jika sudah mempunyai teman hidup jangan sia-siakan biarlah mempunyai matlamat yang jelas.Jika hanya sekadar untuk mengisi masa lapang,lupakanlah.Teringat saya pada kata-kata ustaz Hasrizal(saifulislam.com):
Jangan bejinak-jinak dengan cinta di matrikulasi atau sewaktu tahun pertama/kedua pengajian jika ibu bapa tidak mengizikan berkahwin semasa belajar.Perhubungan yang terikat lama itu risiko akan menjadi jemu dan bosan.Banyak masalah akan muncul dan timbullah dari salah seorang ingin memutuskan hubungan tersebut dengan berbagai alasan belajar,mahu tumpu pada dakwah..erm sebenarnya inti pada semua itu adalah jemu.
Bersama kita muhasabah diri dalam mencari yang terbaik dalam hidup..wallahualam