Wednesday 14 December 2011

Monday 12 December 2011

pria terhebat

Sejak di peringkat sel lagi wanita sentiasa menjadi buruan lelaki.

Satu Ovum wanita akan menjadi rebutan sehingga jutaan sperma lelaki. Namun ketika diperingkat ovum, wanita tidak mudah menyerahkan dirinya kepada sperma lelaki. Ovum wanita hanya memilih sperma lelaki yang terbaik, terkuat, dan terhebat sahaja untuk dibenarkan melalui proses seterusnya. Ovum wanita hanya membenarkan 1 sperma lelaki sahaja menembusi benteng pertahanannya dan kekal selamanya bercantum dengan dirinya.

Maka mengapa kini anda harus membenarkan lebih daripada seorang lelaki menyentuh diri anda sesuka hati (sama ada sentuhan biasa atau sentuhan rangsangan nafsu) apatah lagi membenarkan lebih daripada seorang lelaki meladangi anda seperti anda adalah isterinya padahal lelaki itu bukanlah hak sah dirimu lagi sedang ketika dahulu anda begitu gagah mempertahankan diri anda daripada jutaan sperma lelaki?

Saturday 10 December 2011

SPA 8..

Lagi seminggu nak abis belajar..mixed feeling..malasnya nk keje..

uwaa nape la terpakasa isi borang ni..jadi suri rumah je bole x..

Terima kasih SITI KHADIJAH BINTI MD NASIR. Borang permohonan anda telah diterima. Ringkasan permohonan anda adalah seperti berikut:

No. Kad Pengenalan :870104295560
Nama Penuh :SITI KHADIJAH BINTI MD NASIR

Jawatan yang dipohon :
PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41
Anda boleh menyemak Status Permohonan ini menggunakan MyID yang telah didaftarkan.

Friday 2 December 2011

55 minit

Sedang menanti plane nak balik kuala lumpur..sekarang medan-kuala lumpur terasa dekat seperti nak pergi ketereh dari kuala krai..hanya 50 minit saja..dulu pun sama jarak dia tapi sekarang lain cos xperlu prosedur imigresen dah..i'm a tourist..ya allah permudahkan la segalanya..selamat pulang dan kembali..tinggal sisa-sisa 3 minggu lagi di bumi medan ini insyaallah..aminnn


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday 28 November 2011

Testing...1,2,3

Alhamdulilah dpt blogging via handphone..canggih zmn skrg. xperlu pakai laptop..thanks samsung galaxy S II..xnyesal terbeli kamu ok..hehe..bole kurangkan beban kerja dell..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 15 November 2011

nice


YAB Dato’ Haji Nik Aziz Nik Mat telah mengadakan lawatan peribadi secara mengejut ke FRIM pada 12 Oktober 2011. Beliau begitu kagum dengan keindahan FRIM dan kekayaan floranya. Beliau berharap tanah sebanyak 500 ekar yang telah diberikan kepada FRIM di Jeli boleh dibangunkan sepertimana yang dilihatnya terlaksana di kampus utama FRIM.Dato Dr Abd Latif sempat bergegas pulang dari kerja luar di Maran untuk bersama menunjukkan kawasan FRIM kepada YAB- sumber FRIM

tengok2 website..jumpa gamba dua orang insan yang dikagumi..ayah n tok guru..hehe..

Wednesday 19 October 2011

Acoustic..

Nak share acoustic yang best..hehe..sabrina..suara bole tahan.philipines singer..mode slow2..nak blaja pronounce english bagus dengar lagu dia..ambil positif k..jangan layan jiwang je hehe



I've been waiting all my life ..my LOVE..

Thursday 29 September 2011

forensic oh forensic

First week masuk forensic departement dh kena tegur dgn upper week kami jonah..hahaha..memang betul pun dimana2 department pun banyak je case yang bila kami masuk..adoii..xpe2 +ve thinking allah suruh banyak blaja tu..

Hari ni dikejutkan dengan pesawat fokker hilang dari kawalan dari airport polonia medan.ni memang betul-betul banyak case ni..semoga semua selamat n djumpai..so xperlu la nak identifikasi mayat2..seram je naik plane mcm ni..

Wednesday 28 September 2011

KLIA in memories


version lama


version baru

teringat kat family ayah latif yang suka P Ramlee..

Sunday 25 September 2011

JODOH..

"Jadilah orang yang baik, Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik.
Ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

... Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
Mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjat orang yang baik ke tahap yang lebih tinggi.

Hikmah untuk kita !
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah bersabarlah...

OH muslimah..




Oh MUSLIMAH ALLAH cinta kepadamu..
Rasulullah kasih kepadamu..

keluarga bahagia


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Larangan Bermadu Kasih Sebelum Kahwin


HARI BERSEJARAH…perkahwinan menyuburkan kasih sayang antara dua hati untuk mengembangkan zuriat di atas muka bumi Allah.

SIAPA sangka kita akan bertemu jodoh dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali.

Malah, dalam sekelip mata si dia sudah menjadi isteri/ suami kita.

Itulah dinamakan jodoh yang Allah s.w.t kurniakan kepada seseorang. Zaman datuk nenek moyang kita, kebanyakan menyerahkan kepada ibu bapa untuk memilih jodoh, tiada istilah bercinta atau mengurat.

Berbeza kini, zaman siber memberi pilihan kepada anak-anak memilih pasangan sendiri. Pasti setiap pasangan ada cerita menarik detik awal perkenalan sehingga diijab kabulkan.

Jika menuntut di menara gading, pastinya banyak kenangan manis bagi pasangan bertemu jodoh.

Ada yang bermula dengan meminjam nota pelajaran sehingga menerbitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Ada sebahagian yang ‘kuat’ jodohnya sejak zaman persekolahan, walaupun banyak pilihan di kampus, si dia tetap menjadi pasangan ke jenjang pelamin.

Begitulah hebat tarikan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Setiap pertemuan itu pastinya dari ‘mukadimah’ cinta iaitu mengurat.

Tetapi, apakah Islam membenarkan umatnya melakukan perbuatan mengurat?

Cinta itu sebagai permulaan (mukadimah) kepada perkahwinan. Tidak menjadi kesalahan mengurat jika ia membawa kepada kebaikan.

Contohnya, seorang lelaki mahu menyampaikan hasrat hatinya terhadap wanita yang dirasakan layak menjadi teman hidupnya, seni mengurat perlu ada.

Tetapi, dari sudut berbeza, mengurat mungkin membawa keburukan jika berlaku perkara yang bertentangan dengan agama iaitu perzinaan.

Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat”. (Surah al-Israak ayat 32)

Justeru, apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat selain memelihara diri daripada keghairahan seks yang boleh membawa kepada zina.

Islam tidak menyekat fitrah manusia untuk sayang menyayangi, cuma kita dilarang jika bibit-bibit kasih sayang itu membawa kepada kemaksiatan.

Islam tidak pernah menghalang memikat atau mengurat, tetapi perlu ada seninya dan tidak melanggar batas kesusilaan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki itu berminat terhadap seorang wanita dan mahu menjadikan teman hidup, mereka perlu berjumpa dengan wali untuk meminang.

Menjadi satu kesilapan jika terus bertemu wanita pilihannya tanpa bertemu ibu bapanya.

Kita dianjurkan mendirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang ada atau petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.

Jika bersedia, bawalah keluarga berjumpa dengan wali perempuan untuk mengenali calon menantu serta menyatakan hasrat dengan lebih jelas.

Selepas kedua-duanya bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan. Selepas bertunang, haram bagi seorang wanita itu dipinang lelaki lain.

Sepanjang masa pertunangan, mereka boleh mengenali di antara satu sama lain. Ketika itu barulah dapat dirasakan keserasian sebelum majlis perkahwinan.

Sentiasa beringat bahawa bertunang bukan ‘lesen’ melakukan perbuatan maksiat kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Ini bagi memelihara zuriat yang bakal lahir nanti. Inilah indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup umatnya.

Percintaan dalam Islam ialah hubungan cinta yang disuburkan selepas perkahwinan sehingga ke akhirnya. Tanda sebuah perkahwinan itu dizahirkan melalui hubungan suami isteri diisi penuh tanggungjawab dan kasih sayang, membentuk anak yang soleh dan solehah serta taat kepada perintah Allah.

Jadi berdoalah untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan tidak sesekali berdasar godaan nafsu dan keduniaan.

Jika masih ‘berat’ bertemu jodoh, jangan bersangka buruk kepada Allah. Ini pastinya satu ujian yang mengandungi 1001 hikmah.

Barangkali Allah mahu selamatkan mereka daripada mendapat pasangan tidak sesuai. Tetapi, usaha perlu dipertingkatkan agar Allah permudahkan urusan kita.

Jangan membuat keputusan tidak berkahwin selama-lamanya kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat agama.

Nabi Muhammad s.a.w memberi panduan melamar seorang wanita adalah dengan melihat calon mengikut aturan yang ditetapkan syarak.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata, Mughirah bin Syu’bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Pergilah untuk melihat perempuan itu kerana dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua”.

Lalu dia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan dia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebelum berkahwin pasangan diharuskan melihat dan berkenalan. Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi pernah bertanya kepada seseorang yang akan menikahi seorang wanita: “Apakah engkau telah melihatnya?” Ia menjawab: “Belum:. Baginda bersabda: “Pergi dan lihatlah dia”.

Meskipun sudah berkenalan, seseorang itu dilarang berpacaran berdasarkan ayat Quran yang menegah daripada berlakunya perzinaan.

Berpacaran bukanlah perkara yang tepat bagi mengenal pasangan. Mereka boleh mendapat maklumat daripada orang hampir dengannya seperti sahabat baiknya.

Minta penilaian daripada orang tua dan keluarga sebab mereka yang ‘jatuh cinta’ tidak melihat kekurangan pasangannya, bau busuk pun dikatakan wangi.

Jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap pasangan walaupun mereka memberi isyarat berminat kepada kita.

Berikan pujian dengan ikhlas dan jujur terhadap sikap serta personaliti mereka. Jadikan mereka mempercayai kepada keikhlasan kita supaya mereka dapat berkongsi suka duka atau luahan emosi.

Janganlah bersikap keterlaluan sehingga menimbulkan pergaduhan atau rasa tidak senang kepada pasangan. Berusahalah untuk mencuci hati daripada perasaan negatif.

Untuk menjadikan semua orang di sekeliling kita berasa senang dan sayang kepada kita, bersihkan hati dengan menjaga ibadah seperti solat, membaca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf jika melakukan kesalahan, banyakkan bersedekah dan sentiasa memikirkan hal yang positif.

Dilahirkan sebagai lelaki, kita perlu banyak belajar mengenal kerenah wanita terutama menjaga perasaan, kehendak, pemikiran dan kesukaan mereka.

Cuba elakkan mencari kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Apatah lagi bertindak mengutuk atau memalukan bakal mereka.

Pasangan pastinya akan tertarik kepada jika kita mengasihinya bukan kerana harta, wajah atau keturunannya.

Cari ruang untuk sentiasa mewujudkan suasana yang gembira yang dalamnya ada terselit kisah lucu.

Apa yang paling penting, carilah bakal bakal pasangan yang sekufu, setara dan sepadan dengan kita. Kehidupan yang lalui adalah ‘medan’ untuk terus memperbaiki diri dan belajar sesuatu perkara yang baru.

Source: Harian Metro

Saturday 30 July 2011

Focus:-(

Saya hilang fokus..:-((((..Ya Allah tunjukkan jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redhai..permudahkanlah urusan hambaMu..

MARHABAN YA RAMADHAN..

Saturday 9 July 2011

CITA-CITA

Dulu saya pernah cakap dgn mak sy..mak, orang (sy gunakan bhsa ni ckp dgn mak) nak jadi lawyer la..hhaha..mak saya masa tu tengah duduk2..then dia terus mengangkat muka..jangan nak berangan..then ada la hujah2 uish lawyer tu xbagus, xtentu duit dari mana..belum tentu yang kta bela tu betul benar..ermmm yela..sy pun fkir2 balik..yela xbaik lawan cakap orang tua..nak2 mak saya..takut betul lawan..doa ibu tu makbul cepat..skrg sy rasa mcm best lak jd lawyer tu hahaha..sbb apa sbb sy ni suka politik, akta2 la sy rasa hahaha..lawyer pun mcm investigator kn..menyiasat2 gitu..tapi xmungkin sy jd ahli politik..hahaha..xnak ler..byk dosa xlarat nak tanggung.politik tu kotor je..mcm2 orng wat utk menang..

ni tinggal 3-4 bulan lg la nak abis hahaha..sy kena jadi dokter..DR SITI KHADIJAH heee..mak saya ckp dulu waktu melahirkan saya dia dah berangan ada title DR kt depan tu..tula masa sy kecik2 pun sll ayah saya pnggil saya bakal doc..hahaha..kt sekolah masa dpt UPSR 5A ayh n mak sy makin lebar senyum dia sbb insyaallah harapan makin cerah..padahal tu br UPSR hehe..kadang2 malu je bila depan orang pun ayh sy pnggil sy doc..belum doc lg ni..tapi alhamdulilah berkat doa mak n ayh n keluarga dapat jgk sy jadi dokter insyaallah..saya pun senang je dapat menggembirakan mak ayh n family..n saya pun makin suka MEDICINE..best sbnrnya jd dokter ni..nnt anak2 sy esok pun sy nak encourage jadi dokter la hehe.berangan mmg pnjg..

JIWA ANAK MERDEKA..

Dah 2 hari cuti..hari sabtu n ahad..no oncall..so dapat la membuat liputan langsung tentang isu hangat BERSIH 2.0..dari pagi buka je FB,Blog n seangkatannnya semua macam2 la ragam n komen..ada yang setuju ada yang tak setuju..ada yang menyumpah seranah polis ada yang kutuk para demostrasi, ada yang atas pagar xtau cerita tapi nak komen n ada yang x amik part n hanya pandang n lihat..

Saya bukan pembangkang tapi saya bukan juga kerajaan..sebab setakat umur 24tahun saya belum pernah berpeluang untuk mengundi.tapi saya rasa sesiapa yang sudah seusia saya n da lebih 21 tahun sudah wajib mencari tahu yang mana terbaik untuk dipilih sebagai pegangan hidup..kira pegangan hidup juga la sebab memilih pemimpin tu tanggungjawab kan?

saya cuma nak kasi pendapat la..kita jangan takut untuk berubah jika yang sediakala ni sudah teruk n perlu diperbaiki.sebab apa, saya agak lucu bila baca komen kawan2 bila suruh bersyukur dengan apa yang ada..yer memang betul teman2 kita malaysia sudah aman n tenteram..tapi kawan2 harus ingat tu hanya pada pandangan kasar kita sebagai rakyat yang sering tertipu dengan kerajaan..kita sebagai yang terpelajar harus berfikir luas la tentang ekonomi, ancaman luar negeri, akhlak buruk pempimpin n so on..takkan la sebab takut para demonstrasi yang menuntuk hak mereka kita halang.yang paling aneh lagi bila ada orang cakap xperlu la berdemo kenapa xberbincang secara tertutup je..demo tu memecahbelahkan rakyat je..haa? lawak2...saudara2 harus berfikir ni BERSIH gelombang kedua..if kerajaan da amik peduli betul tentang hak rakyat kerajaan dh laksanakan tuntuntan sewaktu BERSIH 1.0 dulu..tapi sekarang? nehiiii kn? kenapa takut nak laksanakan? tu mungkin yg pelik bagi kita semua..takut kalah? atau takut pada bayang2 sendiri..saya rasa if kerajaan kita laksanakan apa yang rakyat mintak, para demonstrasi pun malas la nak demo..bayangkan bkn semua tu yang dari KL, dari seluruh pelusuk malaysia bergabung untuk jayakan demo ni.mereka sanggup berkorban duit,masa n nyawa lagi..yela sampai ada satu mangsa gas pemedih mata meninggal dunia..innalilah..sebagai kerajaan harus bertanggungjawab dengan hal demikian..dan dari sini kita dapat melihat betapa mereka sayangkan malaysia..sayangkan tanah tumpah darah untuk melihat perkembangan n kemajuan malaysia..

Then satu lagi paling lucu n buat saya 'bengang' jgk bila ada org post "tak sedar diri belajar pun amik scholarship kerajaan tapi nak bangkang kerajaan" hahaha..come on la..sape yang buat mcm tu rasa nak tempelak pun ada..wei tu duit kerajaan ke duit RAKYAT????? sebab skrg memang la kerajaan BN yang memerintah tapi tu duit mak, ayah, abg, kakak n sedara2 kita tu semua..kita semua bayar cukai.even pekerja2 kat kampung penoreh getah,pesawah,nelayan pun kena cukai ni..yela diaorng memang xde sampai bil bulan2 suruh bayar cukai..tapi korang kena ingat if hrga padi kt pasaran dunia jual RM 3 sekilo tapi apa yang pesawah kt kampung tu dapat? rm 2 tau..sringgit kerajaan dah pau awal2..sama la jgk penoreh getah, ke pesawit ke..yang kerja officer yela memang ada percentage kena potong per bulan or per year..tu jelas..tapi saya rasa orang kampung yang paling banyak kena..hrga minyak naik, kos hidup naik tapi pendapatan sama je..memang kesian la..saya tau la semua ni sbb sy asal kampung.tu saya rasa bengang..n kriteria utk dapat scholarship tu sape yang layak dapat la ok? if u pndai dapat highest score u deserve get it...xkira la u asal kampung ke bndar ke..anak sape ke..yang xbest main kroni2 ni..if pakai kroni mmg patut la sedar diri dh amik hak orang lain..n kena ingat jgk sekarang yg pro kerajaan marah la kan ckp bdk2 scholarship lawan kerajaan, tp if nanti kemungkinan pembangkang pulak yg memerintah u all ada hak nak marah if orang ckp mcm tu kt u all nnt..

kita sebagai anak merdeka harus bijak memikirkan masa depan negara..ayuhla anak muda majukan dirimu untuk negerimu..pasti kita akan dihormati n disegani..jgn la takut untuk ditegur n belajarla untuk mengkritik dengan berhemah..

PEACE NO WAR..yang penting ISLAM TERUS GEMILANG~

video ni memang sy sokong...bkn parti mana tapi guna duit biar sama2 la..

Tuesday 10 May 2011

Hari esok akan cerah...

Panas,panas..main complain semua org skrg..mmg panas oooo skrg..dh rs macam apa dh..nak jalan kt luar if xde keperluan baik xpayah..bole demam dehydrated.macam fenomena el-nino je..skrg duk mntak ujan..tp if ujan takut banjir hehe..fobia2..

posting O&G pn sama je dgn cuaca skrg...panas oooo...nape la xsuka posting ni..tlg la suka..tlg la suka...lg 10 mggu nak abis..pesan mak suruh baca ayat seribu dinar if kita nak dipermudahkan...

Sunday 24 April 2011

Keep On the SPIRIT~

Tengah kumpul semangat nak masuk department baru esok hihi..esok masuk neurosurgery for 2 weeks only hehe..n surgery will end..da bosan la dgn sugery..4 months..tgk org operate je..mggu ni berhadapan dgn operation kepala n otak manusia plak..tabahkanlah hatiku aminnn..

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu

Ingatan anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah..........................................

Masih perlu menghadapi 30 minggu lagi..then i'll back for good..insyallah..aminnn..

Sunday 10 April 2011

Andai ku tahu..



Saya baru keluar dari hospital setelah 6 hari dirawat..alhamdulilah syukur dapat lagi saya menghirup udara/angin segar..keluar je bangunan hospital mata dh cerah sket..berkurung dalam kamar kecil ditemani hanya dengan televisyen sangat membosankan..Keadaan seperti membuat rasa nikmat sihat adalah paling berharga dalam hidup..bila sakit, tido malam pun xdapat terpaksa menahan kesakitan setiap malam..bila sakit makan pun xberselera..nampak makanan semua sama rasa..lidah dh hilang semua rasa.yang ada tawar n pahit je..bila sakit otak pun kurang aktif,nak berfikir sikit dah rasa berdenyut2,pening la..syukurnya bila dikurniakan badan yang sht sempurna..sakit pun anugerah allah..“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari)..

Hargailah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
#Muda sebelum tua
#sihat sebelum sakit
#kaya sebelum miskin
#lapang sebelum sibuk
#hidup sebelum datangnya mati..(penghujung segalanya)

Jutaan terima kasih kepada ayhnda dan bonda, abang, kakak n adik yang tak putus2 mendoakan saya dan memberikan semangat untuk terus berjuang..solat hajat yang tak putus2 itu membantu penyembuhanku..terima kasih..kepada teman2 di medan yang seperti keluarga sediri yang menjaga, mendoakan saya dan kasi semangat hingga saya menjadi lebih kuat..buat insan yang selalu mengorbankan dirinya untuk saya..saya tidak tahu lagi untuk membalas jasa macam mana..sanggup terbang dari jauh kerana sangat risaukan sy.kamu selalu terima saya seadanya..huhuhuhu..saya terharu sgt..thanks a lot..semoga allah melimpahkan anda semua dengan nikmat dan rahmatNya..aminnn

Saturday 2 April 2011

pasca banjir..




Alhamdulilah dh selesai kemas bilik..penat ooo..sakit tulang2 n otot...

everthing new..

Saya dh tuka email..dr_miyu41 tidak digunakan lagi..my old lappy rosak dh xbole pakai..semua password lappy yg remember..so bila dia rosak saya xbole sign in..hahahaha lawak je kn..memnag lawak pn..sy rasa mcm sy ni dh ada penyakit amnesia retrograde tau..dhla plg lawak bila beli laptop baru saya lupa jgk password nak log in laptop..satu hal la lagi nak kena cari org2 yg pro laptop..nasib la ada member ni terer..dpt la masuk bukak laptop..tula pakai DELL ni susah..guna fast access guna facial tuuuu...sy ni dh la buta IT..yg geram nye lama betul dia nk recognize..tp skrg dh off sume fast access ni..haa senang cite..harap DELL tidak seperti ACER huhu..bertahan la..tapi yg dlu pn 4thn setangah kot..mmg wajar dh dia penat bekerja n 'sakit' n 'meninggal'..selalu guna sgt...cycle of life...


if have anything ni email baru.. dr_dija41@yahoo.com...

cerita duka..banjir oh banjir..(USUNAMI)






Dah sekian lama tidak menulis berbagi cerita..life is colourful..sepanjang 5 tahun saya di pearantauan n seumur hidup ni baru pertama kali menjadi mangsa banjir..ye banjir..mcm mimpi je pun ada..bayangkanlah saya yg tinggal di kelantan yg selalu musim tengkujuh n kena musibah banjir tapi family saya tak pernah kena alhamdulilah..ni saya kt bandaraya MEDAN (kota metropolitan) kena banjir..banjir pulak seperti tsunami dh..air yang sgt cepat naik..sekelip mata je dh masuk air bilik saya..tu pun nasib tersedar jam 4 pagi nak solat..ada hikmah2..bunyi bising2 org jerit BANJIR!!!..malam tu ujan lebat pun xsedar dh tido mati hahaha..biasa la lps oncall (post call syndrome)..ngantuk sgt..tido x ingt alam sekeliling dh..bgn2 dh penuh air..

Sedih n perih bila tgk keadaan bilik..sempat menyelamatkan sikit2 jela..buku2 ada la sket dpt selamatkan..yg kt lantai mmg menjadi rezki air banjir la..xlarat la pagi2 nak angkat sorg2..sume pn ingin menyelamatkan diri masing2..nasib la bilik saya hanya selutut je masuk..bilik member depan haa sepinggang..abis semua tilam terapung..rumah owner lagi la..semua hancur..mmg xde rezki..

Tapi fikir2 balik masa kemas2 rumah ni ada hikmah jgk la banjir ni..yakin2 setiap kejadian tu ada hikmah..yela saya dh kemas2 ni nanti lg beberapa bulan xperlu sepenat ni lagi nak kemas..barang2 semua dh tinggal sikit..xperlu bwk byk2 dh balik..jimat cost kargo hihi..(cuba menenangkan diri)..baju2 sume kite kasi je kt org nak..buku mmg dh tinggal sket je yg bole pakai..nanti balik malaysia kita beli baru hhehehehe..

Terima kasih pada keluarga n teman2 yg sentiasa mendoakan..kesian bonda xdpt tido teringat kt anknda yg ditimpa musibah..alhamdulilah semua dh selamat..air dh surut..everythings back to normal..dh siap cuci bilik...dh 2 hari off kerja..huhu..

Akhir kata banjir ini kami semua memberi nama USUNAMI becoz semua kawasan USU tenggelam..