Saturday, 14 March 2009

cuti..

Hari ni saya takde class lg.bayak masa sket blok baru ni..nak siapkan proposal katakn..walaupun mcm tu,xsiap juga lg proposal..aihhh..fokus2..

Cuma kadang2 saya pelik la dgn org2 ni..dia suruh kita jauh dr dia,kita jauh dia plak dtg kt kita..apa ni..ish2..pening den di buatnya..

apa pn hidup perlu teruskan..perjalanan masih jauh

Thursday, 12 March 2009

..Begins with the end in mind..


Dalam kesibukan saya mengerjakan assigment dan proposal untuk tesis,sempat saya membelek buku-buku kesukaan saya yang di luar dari medical subject..terasa lega..tenang dari serabutnya otak..'AKU TERIMA NIKAHNYA'..lama benar saya mencari buku ini..alhamdulilah hari saya sudah mendapatkannya..

Dalam beberapa jam saya sudah menghabiskan lebih dari separuh buku ni..(agak cepat la sebab excited)..apa yang pertama saya nak sharing setakat yang saya sudah baca adalah "Begins with the end in mind"..apa maksudnya tu???

Setiap permulaan yang kita nak lakukan mestilah berfikir semasak-masaknya..kadang-kadang kita terlupa atau sengaja terlupa atau tidak sempat untuk memikirkan sedalam-dalamnya sebelum melakukan apa saja dalam hidup kita..mungkin setelah kita memahami istilah ini kita akan terlepas dari penyesalan diri sendiri..saya juga sering merasakan perasaan seperti ini..terlalu banyak keputusan yang kita perlu buat dan mesti lakukan dalam hidup..bagaimana tertekan menghadapi suatu masalah hanya Allah saja yang tahu peritnya hati menanggung..walau apa pun yakin lah setiap apa yang kita fikirkan dan ambil keputusan berlandaskan niat lilahitaala insyaallah semua akan dipermudahkan..

Memandangkan buku ini sebenarnya banyak menceritakan bagaimana nak menghadapi 'saat2 bahagia' kelak,saya kena baca dulu sehabisnya dan baru boleh kupas hehe..

Anyway sesiapa yang suka membaca tentang kehidupan seseorang,buku ini baik untuk anda semua jadikan santapan minda.semoga apa yang baik dijadikan pengajaran dan tauladan dalam hidup kita..

wasalam..
khadeejaa,medan

Wednesday, 11 March 2009

Proposal..

Tugas yang menyakitkan kepala belum siap..sangat stress..Ya Allah tunjukkanku jalan..

Monday, 9 March 2009

sekian lama..


Setelah lama saya menyepi dari menulis blog.Tangan seolah kaku untuk menaip..Hari ini alhamdulilah dapat peluang menjenguk kembali ke sini..

Ujian blok Brain and Mind System baru je berlalu..akhirnya tamat sudah sistem2 yang perlu saya tempuhi..Next blok Emergency Medicine..(perkara yang paling saya suka kut hehe)..

Keadaan yang bertambah sibuk dengan tesis yang baru masih dalam proses membuat proposal..RELATIONSHIP BODY MASS INDEX AND BLOOD PRESSURE..Begitula tajuk yang saya sendiri pilih.Nampak macam senang..tapi agak sulit sebenarnya huhu..Semoga Allah permudahkan urusan saya Insyaallah..(di dalam kesulitan itu pasti ada kemudahan:Al-Insyirah).Sokongan dari ayahbonda,keluarga,pensyarah2 dan sahabat handai amatla saya hargai dan harapkan.

Saturday, 11 October 2008

SYAWAL..

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI..SALAM SYAWAL 1429H..MINAL AIDIL WAL FAIZIN..
BERKATILAH SYAWAL DENGAN BERPUASA SUNAT..

Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Hal ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam. Dari sahabat Abu Ayyub Al Anshoriy, beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)

JANGAN BIARKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN BERLALU BEGITU SAHAJA..TERUSKANLAH..

Saturday, 13 September 2008

Ramadhan...Ujian..

Hari sudah 13 hari umat islam menunaikan ibadah wajib rukun islam ketiga.sedar tak sedar hampir menginjakke pertengahan bulan yang mulia ini.bagus juga jika kita membuat post mortem setakat mana sudah amalan kita sampai pertengahan ramadhan ini.lebih baik dari sebelum kah?atau masih ditokok lama?erm masih ada 16 hari lagi untuk kita memperbanyakkan amalan,meningkatkan sedekah.

Alhamdulilah hari saya pun sudah selesai ujian mid block Genitourinary system..walau soalan agak susah,saya bersyukur kerana dengan nikmat ketenangan yang ALLAH kurniakan saya dapat menjawab semua dengan baik..alhamdulilah syukur padamu Ya Allah.Setelah segala usaha dilakukan tawakal dan doa jalan terakhir.insyaallah semoga dapat kejayaan cemerlang kepada semua rakan seperjuangan.Semoga dengan kebrkatan ramadhan keputusan kita lebih baik dari sebelumnya.aminnn..

Wednesday, 10 September 2008

Antara Dua Cinta..

Apa yang ada jarang disyukuri

Apa yang tiada sering dirisaukan

Nikmat yang dikecap

Baru kan terasa bila hilang

Apa yang diburu timbul rasa jemu

Bila sudah di dalam genggaman



Dunia ibarat air laut

Diminum hanya menambah haus

Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir

Panas yang membahang disangka air

Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang

Dilihat ada ditangkap hilang



Tuhan leraikanlah dunia

Yang mendiam di dalam hatiku

Kerana di situ tidakku mampu

Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh

Dibajai bangkai dunia yang kubunuh



Lagu : The Zikr

Lirik : Pahrol Mohd Juoi

Hakcipta : OVA Productions