Monday 30 November 2009

Jauh itu menyiksakan..

Ya Allah tenangkanlah hati kami..
sesungguhnya ujian ini sangat berat..
tapi kamu tahu Kau tidak pernah menimpakan sesuatu ujian selain sesuai dengan kemampuan kami..
Kami redha dengan ketentuan itu.

Untuk mendapat yang terbaik,kita kena berkorban..yes sacrificed i did..
Sabar itu kunci segala jawapan..

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU MASIH SAYANG KAMI DENGAN UJIANMU..

Sunday 29 November 2009

::Exam Mode~

Esok start exam..blaja rajin2..ni exam last before clinical..insyaallah..if lulus sume la..

doakan saya..

Friday 27 November 2009

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha untuk semua..sedih dan sayu di pagi raya bila jauh dari family..malam raya dengar takbir terus sayu je..xboleh study jugak..last2 tido hahahaha..(baik balik macam ni)

Call family sume tengah makan sedap2..kita kat Medan sume kedai tutup..lepas solat terus usha kedai bukak..hanya KFC yg bukak..makan KFC la di hari raya hoho..ayam korban..

Ni kali ke-2 raya aidiladha di perantauan..tahun depan maybe aidilfitri pun kat sini huhu..apa nak jadi..nasib badan..terkorban di hari raya..




Macam kat arafah x??hahahaha


Korban ayam KFC hehe

Thursday 26 November 2009

KeRana DIRIMU..

Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya.

Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatannya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang. ‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita? ‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’

Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu, Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..

Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu.. Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik

Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.

Meminang

Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu. itu semua dulu.. Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi.. Kini,kau pergi..

‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu, Aku perlukanmu ,aku rindukanmu. Sudikah kau menjadi teman hidupku? Untuk selama-lamanya?’


p/s: Apa khabar iman kita pada hari ini??

:: The people we love~

Orang Yang disayang…
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita
menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan ianya hadir
bila memerlukan dan pergi tanpa
meninggalkan pesan…

Dan kita terpaksa melepaskan orang yang kita
sayang..kerana kita sayangkannya..
kerana kita terlalu amat menyayanginya..

Dan kita pinta perpisahan kerana kita
tak mampu..
untuk membenci dirinya..
kerana dia sentiasa berada dalam hati kita..
walaupun dia yang paling banyak
mencalarkannya…

Semoga Allah memberi petunjuk kepada
kita dan org yang kita sayang..
semoga kita semua mendapat rahmat dariNya…


Jika memang sudah kita ditakdirkan bersama

Walau apa pun pernah berlaku

Orang yang kita sayang akan jadi orang yang disayang selamanya…

Wednesday 25 November 2009

Hasilnya..




Setelah bertungkus lumus berbulan-bulan akhirnya siap sudah my research and report..huh lega rasa..biar belum present pun tapi dah 50% beban lepas..another 50% during my presentation next week..examiner killer..sabar,sabar..tarik nafas panjang2..I've done my best to finish it. xbole focus on study sbb bnda ni tau..siang malam asik fikir nak settle report ni..

Jika ada kekurangan, berilah saran dan tunjuk ajar..don't condem bcoz u want to 'kill' me..please..

Thanks to my supervisor yang banyak sangat mengajar diri ini..

Saturday 21 November 2009

Blogging..

Nak exam??kena baca buku??hohoho..nak exam baru nak study ke semua?? nila student exam oriented..abis exam sume lenyap..hangus semua ilmu hihi..tapi kan if xstudy langsung lagi parah kot?

Hobi blogging..lagi best blogging dari blaja nak wat cane??so kena cr blog yg banyak psl cite medic la kn hahaha..br dapat jwb exam nih..suka blogging bce cerita org,tgk cara pemikiran org..mcm mn org mengeskpresikan perasaan masing2..huhu..kadang2 bole menitis air mata if bygkan berada tempat blogger tersebut..

Friday 20 November 2009

cite best..

Last week sempat la curik masa tengaok muvie..bukan apa cari idea nak wat KTI tula hehe..cite ni best..dh lama dh sbnrnya cite ni..5O 1st dates..uish suka la actor n actress dia..mantap.

Berangan nak pegi HAWAII..wahhh tempat dia sangat cantik..wonderful place..bole x berangan nak pegi honeymoon kat situ??lalalalala..my hubby kena tau ni hahaha..memang nice..tenang je tgk dalam cite tu..pantai..biru laut..

Bole bagi two thumbs up la kat cite ni..



bestnya if ada orang bley nyanyi mcm ni kn hahahaha..romantic phewittt

Stressful SITI..

Uhu mood stress dh datang..nak tido dah xbrape lena..makan dah xbrape selera..nak study pun xbrape focus..my mind juz focusing on KTI or researh paper tula..buka note teringat KTI..makan teringat KTI..nak baring pun teringat KTI..dah jatuh cinta dengan KTI ni..uwaa..help me..

Presentation kena 1st day..ok lagi la.bole lepas awal kn..tapi cam xbest nyer dapat examiner tu..aduhh both of them are killer one..mati2..i'm dying..ada org penah failed kot sem lepas dengan dia..nak wat cane ni..nape la kena tukar examiner ni..yang sem lepas dh best sgt dh..

Nak exam blok lagi..family medicine ni nampak je almost easy..haihhh don't take it very easy if xstudy betul2 mak cik ooii..nak score CGPA 3++++ ni..dapat ke x..aduhh..byknya aduh...

Apa yang penting?????KERJASAMA hahaha... itu dia jwpn plg tepat ke?? no la..apa yang penting usaha jela sehabis mungkin..then tawakal n doa..if result bagus alhamdulilah..if xbagus pn alhamdulilah la gak..mmg tu je rezki yg dpt kot..

PRAY FOR ME..

Thursday 19 November 2009

HIDUP TAK MATI...

Huhu penghujung semester ni macam-macam la berlaku..busy nya sangat la tidak dinafikan..haa tapi saya macam biasa,xde la nampak cam busy sgt..aihhh apa nak jadi ni..bole je tido lagik hikhik..anyway my research paper dh hampir nak siap..buat sket2 so xdela rasa berat sangat kn??ngee~

Tapi macam biasa la..nak exam mst my health condition menurun haiyaa...ni dah mula mulas perut..gastric ni memang la..macam pelik je dgn my stomach ni.macam ada problem..aduuu jgn la..malas nak pegi hospital..my friend sume dh suruh g check..bukan apa,sini charge dia mahal la..sket2 duit..dh la wat diagnose ntah apa2..ada my friend demam n sakit perut bole plak doc diagnose pregnant..aduhh what da hell..dia budak baik kot..xmenikah lagi doc..ni la jadi doc ni susah..u must do ur communication well la dengan patient..b4 diagnose history taking mestila bagus..the point is less communication..sekarang pun hari2 kt lecture asik cakap communication,communication,communication..yela we r in final year theory already..next sem dah masuk clinical..jumpa patient hari2..

Dah mula takut n seriau kata orang kedah hehehe..macam xready la plak nak jadi doc..nak jadi doc yang competent nih..insyaallah..aminnn..