Thursday 5 June 2008

Andai Diri Diuji..

..Jangan kata kita beriman andai kita belum diuji.”Sungguh,kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat..(Al-insan:2).

Ujian Allah itu boleh pelbagai.Jika diberi kenikmatan dan kesenangan itu juga boleh jadi ujian jika kita lalai dan tidak bersyukur.Apatah lagi dengan keperitan dan kesusahan.Ketahuilah ujian itu menandakan Allah tu sayangkan kita,Dia tidak terlepas pandang pada hambanya itu.

Ujian itu ibarat suntikan antibodi/vaksinasi yang dimasukkan dalam tubuh.Pelbagai reaksi oleh tubuh yang timbul bila diberi suntikan ini.Kadang-kadang ada yang demam sampai 2-3 hari sebagai proses pembentukan imun.Tapi ada juga yang biasa-biasa sahaja tanpa reaksi apa pun.Orang ini kita boleh ibaratkan sudah memiliki imun yang tinggi.Walau apa pun reaksi tersebut,ketahuilah selepas masa tersebut kita akan menjadi lebih kuat dan kental untuk menghadapi serangan antigen apa pon melainkan imun kita menjadi lemah kembali atau antigen yang masuk itu lebih kuat dari antibodi yang sedia ada.Itulah ujian yang dianggap sebagai proses yang cukup baik untuk untuk meningkatkan status keimanan.

KEHIDUPAN by INTEAM

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

p/s: thanks to all my friends yang support especially dayah,my beloved family,abg ijan..love u all..really appreciate.semoga kalian diberkati Allah sentiasa ameen..



No comments: