Friday, 10 April 2009

Aku Merinduimu...





Dua hari bercuti ke Bukit Lawang..alhamdulilah sungguh indah ciptaan Ilahi..air terjun yang cantik masih belum tercemar dengan aktiviti kotor tangan manusia.Tenangnya fikiran tanpa memikirkan masalah-masalah di 'kota'.

Peluang mencuba untuk rafting sungguh mendebarkan.tak pandai berenang tapi nak cuba juga walaupun tiada safety jacket yang disediakan..alang-alang dah naik kami memilih jarak paling jauh iaitu 8KM..haa 8 km menyusuri arus deras sungai bukit lawang..apa lagi nak cramp kaki..serik dah.if ada peluang lagi xmahu dah hehe..sejuknya sampai menggigil2..ditambah hujan renyai2..kami memamg muslimah sejati keh2..badan basah dengan air sampai shrink kot sel2 hehe..

Teringat pada ayahbonda di kampung..perjalanan mengingatkan suasana kampung halaman.melewati jalan becak-becak..kelapa sawit.sawah padi..kebun getah je xde hehe..rindunya hanya ALLAH yang tahu..semoga Allah melindungi mereka berdua setiap masa.Insyaallah xsabar nak pulang bulan jun ni..

1 comment:

Dr Iwan said...

salam ziarah....=>