Monday 12 December 2011

pria terhebat

Sejak di peringkat sel lagi wanita sentiasa menjadi buruan lelaki.

Satu Ovum wanita akan menjadi rebutan sehingga jutaan sperma lelaki. Namun ketika diperingkat ovum, wanita tidak mudah menyerahkan dirinya kepada sperma lelaki. Ovum wanita hanya memilih sperma lelaki yang terbaik, terkuat, dan terhebat sahaja untuk dibenarkan melalui proses seterusnya. Ovum wanita hanya membenarkan 1 sperma lelaki sahaja menembusi benteng pertahanannya dan kekal selamanya bercantum dengan dirinya.

Maka mengapa kini anda harus membenarkan lebih daripada seorang lelaki menyentuh diri anda sesuka hati (sama ada sentuhan biasa atau sentuhan rangsangan nafsu) apatah lagi membenarkan lebih daripada seorang lelaki meladangi anda seperti anda adalah isterinya padahal lelaki itu bukanlah hak sah dirimu lagi sedang ketika dahulu anda begitu gagah mempertahankan diri anda daripada jutaan sperma lelaki?

No comments: