Tuesday, 27 May 2008

layakkah aku menjadi pendamping khalifah??


Malam semakin larut..namun mata belum menunjukkan mahu terlelap.saya membuka suis laptop dan mula menaip..mungkin rindu nak menulis blog kot.dah lama tak menulis.
Angin malam yang dingin membuat diri terasa selesa di suasana yang sepi.sudah tidak kedengaran lagi suara manusia di bilik-bilik yang lain.mungkin teman-teman yang lain sudah enak dibuai mimpi indah.

....seorang sahabat datang pada saya hari ini dengan wajah yang muram dan sedih."siti,mengapa aku masih single?? mengapa lelaki yang baik selalu dikecewakan oleh perempuan yang jahat dan perempuan yang baik sentiasa berjumpa dengan lelaki yang tidak baik??mengapa tidak yang jahat itu bertemu dengan yang jahat dan biar kedua2 merasa sakit kerana biasanya hanya seorang yang menderita keperitannya"...Masyaallah.saya kehilangan kata-kata.bagaimana mahu membetulkan persepsi sahabat saya ini yang sudah menganggap dunia ini sudah tidak adil.

Bukankah di dalam surah an-nur ayat 26 itu menyebut:Perempuan-perempuan yang keji itu untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji itu untuk perempuan yang keji(pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik hanya untuk lelaki-lelaki yang baik,dan sebaliknya.Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)..
Maka jelaslah melalui firman Allah ini setiap yang berlaku itu telah diperhitungkan dengan sebaiknya.Kita sebagai hamba hanya layak berdoa untuk mendapat yang terbaik dan berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
Sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan itu terletak padaNya.Jika jodoh itu datang lambat mesti ada hikmahnya.Lihatlah dari sudut yang positif.mungkin Allah mahu kita menunaikan tangunggjawab yang lain dulu seperti berbakti pada kedua ibu bapa,agama dan sebagainya.bukan selepas berkahwin perkara ini tidak boleh dilakukan namun mungkin setelah bertambah tanggungjawab kita akan berkurang untuk itu..

Indahnya hidup jika dapat menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang memang mengharapkan cinta Allah sepenuhnya.

Layakkah kita untuk menjadi pendamping khalifah?? Bersama kita merenung diri.Jangan terlalu sibuk memikirkan untuk mencari yang soleh atau solehah (baik) tapi beringatlah yang soleh/solehah itu tidak datang jika kita masih belum jadi seperti itu..
Jika sudah mempunyai teman hidup jangan sia-siakan biarlah mempunyai matlamat yang jelas.Jika hanya sekadar untuk mengisi masa lapang,lupakanlah.Teringat saya pada kata-kata ustaz Hasrizal(saifulislam.com):
Jangan bejinak-jinak dengan cinta di matrikulasi atau sewaktu tahun pertama/kedua pengajian jika ibu bapa tidak mengizikan berkahwin semasa belajar.Perhubungan yang terikat lama itu risiko akan menjadi jemu dan bosan.Banyak masalah akan muncul dan timbullah dari salah seorang ingin memutuskan hubungan tersebut dengan berbagai alasan belajar,mahu tumpu pada dakwah..erm sebenarnya inti pada semua itu adalah jemu.
Bersama kita muhasabah diri dalam mencari yang terbaik dalam hidup..wallahualam

No comments: