Sunday, 13 December 2009

Masa itu...

Hari-hari yang berlalu akan mendekatkan kita pada masa itu..masa apakah?? masa saat munculnya kematian..datangnya tidak lambat satu detik dan tidak awal satu saat pun..Beringatlah selalu wahai manusia sekalian alam..Hidup di dunia ini tidak akan kekal..
أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ
“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR. Ibnu Majah no. 4259, dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 1384)

Hanya TIGA yang menjadi bekalan:
> Doa anak yang SOLEH
> Amal Jariah
> Ilmu yang bermanfaat

Monday, 7 December 2009

Allah Knows..

ARGGGHHHHHHH,ARGHHHHH.saya sangat STRESS...saya STRESS...saya STRESSSSSSS...STRESSS...huhu..sebak dada nak nangis..rasa nak pergi jauh dan tempat xde org kenal..dh xlarat dh dgn ujian ni..nak quit dr medical..mentally ill...
Ya Allah hambaMu dah penat..penat sgt..

Friday, 4 December 2009

OSCE..

Hari ni OSCE (Oriented Skills Clinical Examination) jam 3 huhu.baru terkedek2 nak hafal..kena hafal mati..sebijik2..ada 8 station lak tu..huhu..

Monday, 30 November 2009

Jauh itu menyiksakan..

Ya Allah tenangkanlah hati kami..
sesungguhnya ujian ini sangat berat..
tapi kamu tahu Kau tidak pernah menimpakan sesuatu ujian selain sesuai dengan kemampuan kami..
Kami redha dengan ketentuan itu.

Untuk mendapat yang terbaik,kita kena berkorban..yes sacrificed i did..
Sabar itu kunci segala jawapan..

TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA KAU MASIH SAYANG KAMI DENGAN UJIANMU..

Sunday, 29 November 2009

::Exam Mode~

Esok start exam..blaja rajin2..ni exam last before clinical..insyaallah..if lulus sume la..

doakan saya..

Friday, 27 November 2009

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha untuk semua..sedih dan sayu di pagi raya bila jauh dari family..malam raya dengar takbir terus sayu je..xboleh study jugak..last2 tido hahahaha..(baik balik macam ni)

Call family sume tengah makan sedap2..kita kat Medan sume kedai tutup..lepas solat terus usha kedai bukak..hanya KFC yg bukak..makan KFC la di hari raya hoho..ayam korban..

Ni kali ke-2 raya aidiladha di perantauan..tahun depan maybe aidilfitri pun kat sini huhu..apa nak jadi..nasib badan..terkorban di hari raya..




Macam kat arafah x??hahahaha


Korban ayam KFC hehe

Thursday, 26 November 2009

KeRana DIRIMU..

Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya.

Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatannya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu..

Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang. ‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita? ‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’

Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu..

Untukmu, Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu..

Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu.. Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu..

Merisik

Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya.

Meminang

Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu. itu semua dulu.. Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..Bahkan tidak lagi memberikan semangat dan kekuatan padamu seperti dulu di waktu kau menerima pinanganku. Hajatku untuk menjadikan kau teman hidupku pudar begitu sahaja. Segala persiapan dan perancangan hanya tinggal sebuah dongengan. Malah,hinanya diri ini, aku tidak mendengar setiap teguranmu, bahkan kadang-kadang aku memarahi dirimu yang suci itu. Sehingga aku merasakan kau tidak lagi perlu disisiku. Kau hanyalah burung yang singgah dikamar hatiku tika musimnya. Bila tiba waktunya, aku perlukanmu,tapi bila musimnya berlalu,engkau ku halau dari menganggu di diari hidupku. Entah berapa kali agaknya jiwamu dirobek-robek oleh kelakuan sang binatang sepertiku. Seringkali juga aku rasai yang kau ingin lagi menyentuh hati ini,kau ingin menyintai hati ini. Tapi,seringkali juga aku menjadi api,menjauhi dan terus menjauhi.. Kini,kau pergi..

‘IMAN,berilah aku sekali lagi peluang melamarmu, Aku perlukanmu ,aku rindukanmu. Sudikah kau menjadi teman hidupku? Untuk selama-lamanya?’


p/s: Apa khabar iman kita pada hari ini??

:: The people we love~

Orang Yang disayang…
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita
menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan ianya hadir
bila memerlukan dan pergi tanpa
meninggalkan pesan…

Dan kita terpaksa melepaskan orang yang kita
sayang..kerana kita sayangkannya..
kerana kita terlalu amat menyayanginya..

Dan kita pinta perpisahan kerana kita
tak mampu..
untuk membenci dirinya..
kerana dia sentiasa berada dalam hati kita..
walaupun dia yang paling banyak
mencalarkannya…

Semoga Allah memberi petunjuk kepada
kita dan org yang kita sayang..
semoga kita semua mendapat rahmat dariNya…


Jika memang sudah kita ditakdirkan bersama

Walau apa pun pernah berlaku

Orang yang kita sayang akan jadi orang yang disayang selamanya…

Wednesday, 25 November 2009

Hasilnya..




Setelah bertungkus lumus berbulan-bulan akhirnya siap sudah my research and report..huh lega rasa..biar belum present pun tapi dah 50% beban lepas..another 50% during my presentation next week..examiner killer..sabar,sabar..tarik nafas panjang2..I've done my best to finish it. xbole focus on study sbb bnda ni tau..siang malam asik fikir nak settle report ni..

Jika ada kekurangan, berilah saran dan tunjuk ajar..don't condem bcoz u want to 'kill' me..please..

Thanks to my supervisor yang banyak sangat mengajar diri ini..

Saturday, 21 November 2009

Blogging..

Nak exam??kena baca buku??hohoho..nak exam baru nak study ke semua?? nila student exam oriented..abis exam sume lenyap..hangus semua ilmu hihi..tapi kan if xstudy langsung lagi parah kot?

Hobi blogging..lagi best blogging dari blaja nak wat cane??so kena cr blog yg banyak psl cite medic la kn hahaha..br dapat jwb exam nih..suka blogging bce cerita org,tgk cara pemikiran org..mcm mn org mengeskpresikan perasaan masing2..huhu..kadang2 bole menitis air mata if bygkan berada tempat blogger tersebut..

Friday, 20 November 2009

cite best..

Last week sempat la curik masa tengaok muvie..bukan apa cari idea nak wat KTI tula hehe..cite ni best..dh lama dh sbnrnya cite ni..5O 1st dates..uish suka la actor n actress dia..mantap.

Berangan nak pegi HAWAII..wahhh tempat dia sangat cantik..wonderful place..bole x berangan nak pegi honeymoon kat situ??lalalalala..my hubby kena tau ni hahaha..memang nice..tenang je tgk dalam cite tu..pantai..biru laut..

Bole bagi two thumbs up la kat cite ni..



bestnya if ada orang bley nyanyi mcm ni kn hahahaha..romantic phewittt

Stressful SITI..

Uhu mood stress dh datang..nak tido dah xbrape lena..makan dah xbrape selera..nak study pun xbrape focus..my mind juz focusing on KTI or researh paper tula..buka note teringat KTI..makan teringat KTI..nak baring pun teringat KTI..dah jatuh cinta dengan KTI ni..uwaa..help me..

Presentation kena 1st day..ok lagi la.bole lepas awal kn..tapi cam xbest nyer dapat examiner tu..aduhh both of them are killer one..mati2..i'm dying..ada org penah failed kot sem lepas dengan dia..nak wat cane ni..nape la kena tukar examiner ni..yang sem lepas dh best sgt dh..

Nak exam blok lagi..family medicine ni nampak je almost easy..haihhh don't take it very easy if xstudy betul2 mak cik ooii..nak score CGPA 3++++ ni..dapat ke x..aduhh..byknya aduh...

Apa yang penting?????KERJASAMA hahaha... itu dia jwpn plg tepat ke?? no la..apa yang penting usaha jela sehabis mungkin..then tawakal n doa..if result bagus alhamdulilah..if xbagus pn alhamdulilah la gak..mmg tu je rezki yg dpt kot..

PRAY FOR ME..

Thursday, 19 November 2009

HIDUP TAK MATI...

Huhu penghujung semester ni macam-macam la berlaku..busy nya sangat la tidak dinafikan..haa tapi saya macam biasa,xde la nampak cam busy sgt..aihhh apa nak jadi ni..bole je tido lagik hikhik..anyway my research paper dh hampir nak siap..buat sket2 so xdela rasa berat sangat kn??ngee~

Tapi macam biasa la..nak exam mst my health condition menurun haiyaa...ni dah mula mulas perut..gastric ni memang la..macam pelik je dgn my stomach ni.macam ada problem..aduuu jgn la..malas nak pegi hospital..my friend sume dh suruh g check..bukan apa,sini charge dia mahal la..sket2 duit..dh la wat diagnose ntah apa2..ada my friend demam n sakit perut bole plak doc diagnose pregnant..aduhh what da hell..dia budak baik kot..xmenikah lagi doc..ni la jadi doc ni susah..u must do ur communication well la dengan patient..b4 diagnose history taking mestila bagus..the point is less communication..sekarang pun hari2 kt lecture asik cakap communication,communication,communication..yela we r in final year theory already..next sem dah masuk clinical..jumpa patient hari2..

Dah mula takut n seriau kata orang kedah hehehe..macam xready la plak nak jadi doc..nak jadi doc yang competent nih..insyaallah..aminnn..

Monday, 5 October 2009

Hati Jangan Jadi Batu...

Bila hati mati..dia akan menjadi keras seperti batu..segala baik buruk sukar lagi untuk dibezakan..mungkin itu juga hukuman Allah pada sesiapa yang lalai dan memandang remeh pada suruhanNya..bukan setakat keras..maybe dh hilang common sense..(nauzubillah)..jangan ko hilangkan iman yang sedikt ni Yang Maha Penyayang..

Saturday, 3 October 2009

lalalala..

Pagi dengar youtube..haa sedap juga lagu ni..CINTA TERLARANG..uishhh cintaku terlarang ke??

I'm back..

Malas sungguh nak menaip..blog ni pun macam malas nak bukak..tp nak menulis gak hari ni..huhu..tengok my friend's blog uwaa sumer dah canggih2..hurm malas je nak tuka ni..banyak sentimental value sangat kot dengan blog ni huhuhu...

Dah genap seminggu samapai Medan..aduhh mood raya lagi la.pegi kelas macam takde perasaan je..kerana terpaksa..ish2..xbaik betul..sepatutnya lilahitaala..memang malas sangat ni..xtau syaitan apa yang ikat lepas ramadhan ni..jauh2 la syaitan..tolong jangan ganggu huhu..

Hurm raya hari tu best sgt la..balik 9 hari macam 2 hari je..yela orang kata benda yang best memang la sekejap je rasa..if xbest tu alahai lama sungguh je rasa..nak pejam mata pun susah kadang2..(tapi saya xla kot..sorong je bantal,tutup lampu..hilang la dalam dunia huhu)..Makan sepuas-puasnya raya..ayah siap buat lemang 2kali..tak penah2 dapat bekal lemang balik sini..sedapnya nyum2..makan la banyak2 pn..badan mcm tu gak..da stress dh..sume org kt umah bila balik je,asik tnya tak makan ke dok kt medan tu.uwaa saya makan la..memang type susah nak naik..if nk shopping tu punye la susah..nak cari size S je..beli yg M mcm ok xsendat,tp haa pinggang dia besar wooo..susah betul..ni yang nak amik weight gain ni..

Balik je medan..erm ade la plak earthquake..ya allah takutnya..alhamdulilah Medan terselamat..my friend yg kt Padang tu teruk la..huhu..kesian kt diorang..semoga allah selamatkan mereka semua..actually saya xsedar pun earthquake tu..erm biasa la..memang time tido kn hihihi...family yg kt malaysia semua duk risau..byk la call dapat..alhamdulilah semua ok kat sini..doakan la keselamatan kat sini...

Ni tengah pening2 jugak supervisor kena tukar..dr yahwardiah dah dapat anak buah baru la plak..seminar dah xlama dah..takut,risau dh byk dh ni..keje xstart lg..harap2Prof Afif ni mcm dr yahwardiah la..berilah tunjuk ajar pada saya ni huhu..risau if KTI xlulus xley clinical next sem..uwaa..xlarat dh nak duk medan ni..cepat2 la grad..tersiksa je duk kt sni..

Thursday, 10 September 2009

Sahur

Alhamdulilah hari ni dh jumaat..sudah menncecah fasa ketiga Ramadhan..Fasa bebas dari api neraka..cepat masa berlaku..Ramadhan kali ni terasa sgt cepatnya..pejam celik pejam celik dah di penghujung..huhu..amalan xberapa banyak lagi..ruginya andainya ramdahan kali ni adalah ramdahan yg terakhir..

Hari jumaat dh nak pulang bertemu keluarga..dah x sabr sangat dah..terasa banyak ujian kat sini..Ya Allah kuatkan la hati hamba Mu yang lemah ini..

Saturday, 8 August 2009

weekend..

Sudah dua minggu kembali ke medan..medan perjuangan.terasa lama sangat berada kat sini..semalam check2 calendar baru 2 minggu rupanya..lama lagi la nak kena duk sini..hmm mengeluh2.." Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)..memang lumrah macam ni kn..

Friday, 7 August 2009

malam sepi...

Malam ni x boleh tido..arrghh..everything seems to be wrong..

I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie
is made up on your side

When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
All the words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do
Reminds me of you
And the clothes you left
they lie on my floor
And they smell just like you
I love the things that you do

When you walk away
I count the steps that you take


Do you see how much I need you right now?

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
And when you're gone
The words I need to hear to always get me through the day
And make it OK
I miss you

We were made for each other
Out here forever
I know we were
Yeah Yeah

All I ever wanted was for you to know
Everything I do I give my heart and soul
I can hardly breathe, I need to feel you here with me
Yeah

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear will always get me through the day
And make it OK
I MISS U...

distance..

Though many miles may separate us

I feel close to u in my heart

Though I can't reach out & touch u,

I feel like we're never apart.

Wednesday, 5 August 2009

SelAmat HarI lAHir...



Malam ni nekad xnak tido..nak tunggu jam 12..want to be 1st person wish him HAPPY BIRTHDAY..bole ke??nape masuk voice mail je..tension..(baru faham mcm mn dia sanggup tunggu saya bila hp off)...maaf..

Dalam xsedar dh 2thn berlalu...cepatnya..thanks allah utk ukhwah ini..insyaallah we can 'survive'..i always pray for that..jika dia tahu apa yg sy rasa..insyaallah nnt u'll know what i'm trying to do..

SELAMAT HARI LAHIR...
...SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR..
..DIBERI KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...
..DIKUATKAN/DITETAP IMAN...


6 0GOS 2009...(dh 23 dh....)
insyaallah nak celebrate gak..

Tuesday, 4 August 2009

Kata Hati...

hari ini ke kuliah seperti biasa..alhamdulilah dalam blok elective jadual xdela pack sgt..so byk masa rehatnya..maybe timetable arrangement sesuai dgn sem VII yg perlu menyiapkan penelitian..saya masih belum start lg ambil data..aihhhh bila nk mula ni..tangguh2...org kata tangguh pencuri masa..memang pn...wasting the time wihout do anyting.mood cuti masih belum hilang...nak blaja pn otak dh mula lembab2 sket..
td jumpa doping...seronoknya..atleast kasi semangat nk wat research ni..next week i'll do prof...(must do) hehehehe

New LIFe...


Alhamdulilah saya dah masuk semester akhir untuk teori.INsyaallah if tiada halangan bulan disember ni saya akan tamat di FK..masuk clinical..can't wait for that..semalam pegi konvo abang..'happy'nya...I'm proud with u dear.parents abang xdpt datang..so i jd peneman dia dlm dewan..panas dlm dewan Allah saje yg tau..tp hati ceria..nanti bulan disember abang nak dtg sy punya konvo lak..insyaallah.nnt kite 1 family gathering yer..

Friday, 8 May 2009

Selamat Hari IBU...





Selamat hari ibu untuk semua ibu di dunia...buat bonda tercinta didoakan supaya cepat sembuh..SELAMAT HARI IBU..SELAMAT HARI IBU..

Kalau ibunda membelai rambutmu,
Kalau ibunda mengusap keningmu, memicit kakimu,
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Kerana sesungguhnya Allah sendiri yang hadir dan maujud.

Kalau dari tempat yang jauh engkau rindu kepada ibunda,
Kalau dari tempat yang jauh ibunda rindu kepada engkau,
Dendangkanlah nyanyian puji-pujian untuk Tuhanmu,
Kerana setiap bunyi kerinduan hatimu adalah,
Sebaris lagu cinta Allah kepada segala ciptaanNya.

Kalau engkau menangis,
Ibundamu yang menitiskan airmata,
Dan Tuhan yang akan mengusapnya.
Kalau engkau bersedih,
Ibundamu yang kesakitan ,
Dan Tuhan yang menyiapkan hiburan-hiburan.

Menangislah banyak-banyak untuk ibundamu,
Dan jangan membuatkan satu kalipun ibumu menangis keranamu,
Kecuali engkau punya keberanian untuk membuat Tuhan murka kepada hidupmu.
Kalau ibundamu menangis,
Para malaikat menjelma menjadi butiran-butiran air matanya,
Dan cahaya yang memancar dari airmata ibunda,
membuat para malaikat itu silau dan marah kepadamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci,
Sehingga Allah tidak melarang mereka tatkala menutup pintu syurga bagimu.

Ibu kandungmu adalah ibunda kehidupanmu,
Jangan sakiti hatinya,
Kerana ibundamu akan senantiasa memaafkanmu,
Tetapi setiap pemaafan ibundamu atas setiap kesalahanmu,
Akan digenggam erat-erat oleh para malaikat,
Untuk mereka usulkan kepada Tuhan agar dijadikan kayu bakar nerakamu…

Tuesday, 5 May 2009

kenapa memilih dia?


Alhamdulilah cuti semester ini saya mendapat banyak undangan majlis walimatul urus sahabat2..Alhamdulilah mungkin sudah tamat pencarian teman hidup yang sering menjadi persoalan dalam diri.Saya gembira sekali dengan teman-teman yang 'berani' menyahut cabaran untuk melangkah ke alam baru ini..salute maa..memang bukan mudah untuk mengharung cabaran dan dugaan hidup bila 'berdua'..yela sudah biasa dengan hidup sorang(bujang) la katakan..mula-mula berdua, bila rezki bertambah mungkin bertiga,berempat dan seterusnya..ikut rezeki masing-masing..tapi sangat yakin, bila kita dah berani untuk menempuh jalan awal ni, mesti ada jalan walau ditimpa ujian macam mana pun..yang perlu hanya kekuatan,kesabaran dan keyakinan..(jangan mudah mengaku kalah donk)..pernikahan usia muda terutama waktu dalam perkuliahan tu ada banyak pro n kont..tapi banyak baik..jangan kalian terlalu memikir kepayahan sampai berputus asa dengan niat suci ini..walau apa pun all the best la dan tahniah utk teman-teman yang bakal menjadi suami yang soleh dan isteri solehah..didoakan pernikahan kalian mendapat sakinah, mawaddah warahmah..

Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.


Saya faham keadaanya ketika ini.


"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."


"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.


Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."


Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........



************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb





************ ********* *********


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?"


"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.


"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."


"Maksudnya?"


"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "


Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.


"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.


"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.



Wallahu 'alam.

p/s : suburkanlah cinta sehingga akhir hayat..jangan biarkan ia pudar dengan bertambah usia..

Saturday, 2 May 2009

seminar proposal..

Esok tanggal 4 mei saya akan exam seminar proposal..doakanla ea..wish me luck my friends..semoga kejayaan milik kita semua..

Tuesday, 28 April 2009

kisah gadis cantik...

Semenjak keluar cerita Manohara Pinot di kaca TV dan akhbar2 saya tidak pernah ter'miss'nak follow cite ni..hihi..interested la gak bila jd ambo oghe klate yang merantau hidup di sini..

Berada di bumi Indonesia ini mengajar banyak benda dalam hidup..media Indonesia tidak seperti di negara tercinta Malaysia.Medianya bebas untuk membuat liputan.Saya rasa setiap kali saya singgah makan pasti cerita Manohara keluar di TV..(kebetulan ke??errr)..

Nak komen la sikit pasal cerita ini..Bagi saya yang melihat dari kaca sudut orang Indonesia..Mereka sungguh marah sekali donk..memang betul pun..If saya pun marah jika apa yang diceritakan oleh bonda Manohara yang anaknya didera dan disilek2 dadanya..tapi.....apa yang menjadi confusing dalam cerita ini,benar ke cerita ini???
saya juga tidak menyebelahi mana-mana pihak..Saya rasa sudah sampai masa, pihak tertentu membuat media press menceritakan kisah sebenar..kayaknya udah gawat deh...Apa yang menjadi curiga foto-foto Manohara dan suami sangat romantis sekali..

Sesetengah pihak yang tidak memahami peraturan istana memandang serong pada istana kelantan..Bagi saya, bila sudah menjadi sebahagian keluarga istana, anda mestilah mengikutinya..tidak kira la siapa anda,anda dari golongan rakyat biasa ataupun kerabat diraja..Adaptasi sangat penting..

Cerita ini tidak la wajar dijadikan bahan gosip kerana ini adalah masalah rumahtangga seseorang..Alangkah baiknya jika kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka berdua..AMEENN..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Allah bersama orang-orang yang sabar..Kebenaran pasti akan menang dari segala hal..peace no war..

Bingkisan Rindu...

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu



Bingkisan rindu - Far east

saya mimpikan kamu semalam..ALL THE BEST EXAM...MAN JADDA WAJADA..

Thursday, 23 April 2009

Kau Yang SATU..The Only ONE...





Bila ku rasa pilu...
Bila ku rasa resah..
Bila ku kekosongan....

KAU tempat ku mengadu....
Oh Tuhan Yang SATU..
Engkau Tuhan Yang SATU..

Segala puji-pujian ku tujukan padaMU...PadaMU
Dan HIDUP dan MATIKU...
Hanyalah untukMU..UNTUKMU..UNTUKMU...

KAU lah Yang Maha ESA..
KAU lah Yang Maha PENGASIH..
KAU lah Yang Maha PENYAYANG...

ENGKAU TUHAN YANG SATU.......

Tuesday, 21 April 2009

Selamat Hari Lahir :-)






Selamat Hari Lahir - Ae-Man

Di hari kelahiran mu
ku menanti penuh rindu
saat detik masa berlalu
tibalah hari yang di tunggu


Di bawah cahaya rembulan
bersinar wajah mu sayang
tiba la tika kau di raikan
moga dalam keredhaan tuhan


Semoga allah meredhaimu
semoga allah merahmatimu
semoga allah menyayangi mu
berbahagia selalu


Di hari kelahiran mu
ku nyanyikan lagu untuk mu
ku hadiah sekalung doa
buat mu insan yang ku cinta
di panjangkan umur
ditetapkan iman
dimurahkan rezeki hendaknya


p/s: alhamdulilah dah matang anak ibu n ayah..dh bole apply nak kwen hahahaha..

Wednesday, 15 April 2009

Menangis?Cry?...


Kau Hadir - Dehearty




Mesti semua antara kita pernah menangis..walaupun bermacam alasan boleh menyebabkan mata mengeluarkan air mata,namun itulah maksud yang tersurat dari hati yang dapat kita lihat dan rasa..Ada orang menangis kerana terlalu gembira,ada juga orang menangi kerana terlalu sedih (kecewa @ frustated)..yang jadi masalah bila menangis tanpa sebab..(hehehe yang ni maybe kna jumpa psikiatrik)

Alangkah indahnya dan berharga jika air mata yang gugur itu adalah menangis kerana Sang Pencipta, Allah SWT..itulah menangis yang paling nikmat..

Terlalu murah air mata jika menangis menangis kerana cinta manusia..namun itulah yang paling biasa di antara kita..kecewa dengan cinta, gagal peperiksaan atau if orang macam saya terlalu stress pun boleh juga mengeluarkan air mata hehe..Alhamdulilah selepas 'lepas' serabut akan hilang seketika.

Wanita dengan air mata? sudah menjadi sinonim dalam hidup kan ayat tu.biasala hati wanita itu lembut.mudah tersentuh dan itulah senjata wanita.if lelaki pula macam mana ekh??? wallahuallam..

Friday, 10 April 2009

Aku Merinduimu...





Dua hari bercuti ke Bukit Lawang..alhamdulilah sungguh indah ciptaan Ilahi..air terjun yang cantik masih belum tercemar dengan aktiviti kotor tangan manusia.Tenangnya fikiran tanpa memikirkan masalah-masalah di 'kota'.

Peluang mencuba untuk rafting sungguh mendebarkan.tak pandai berenang tapi nak cuba juga walaupun tiada safety jacket yang disediakan..alang-alang dah naik kami memilih jarak paling jauh iaitu 8KM..haa 8 km menyusuri arus deras sungai bukit lawang..apa lagi nak cramp kaki..serik dah.if ada peluang lagi xmahu dah hehe..sejuknya sampai menggigil2..ditambah hujan renyai2..kami memamg muslimah sejati keh2..badan basah dengan air sampai shrink kot sel2 hehe..

Teringat pada ayahbonda di kampung..perjalanan mengingatkan suasana kampung halaman.melewati jalan becak-becak..kelapa sawit.sawah padi..kebun getah je xde hehe..rindunya hanya ALLAH yang tahu..semoga Allah melindungi mereka berdua setiap masa.Insyaallah xsabar nak pulang bulan jun ni..

Thursday, 19 March 2009

Neurotransmitter CINTA..

Saya terbaca artikel ini kt perubatan.org..so bley la nak share utk bersama..maybe banyak medical term..if xtau bole la tgk kt wikipedia or tnya sape2 hehe..nice..

ADA APA DENGAN CINTA?

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.

Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai.

I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

...and they lived happily ever after. Separately.

Wednesday, 18 March 2009

Alhamdulilah..

ALhamdulilah pagu yang cerah dan saya masih dibangunkan dan bersyukur atas segala nikmat kurniaaNya especially nikmat iman dan islam..Alhamdulilah,alhamdililah,alhamdulilah..

Hari ini exam bahasa indon..hmm apa yang nak dicoret disini adalah tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.kata-kata ni selalu je dengar masa sekolah dulu.hari ini saya masuk exam tanpa baca note pn..tengokla hasil macam mana.xtahu nak baca apa..apakah nanti dalam dewan akan terkebil-kebil melihat soalan huhu..wallahualam..bahasa indonesia subjek yang paling membosankan dalam semester ini.sama je dengan paper esk bahasa inggeris huhu..I'll try my best utk jawab.

Proposal hari isnin dah kena antar huhu..risau,bimbang macam2 ada..wish me luck.Sambil2 menaip ada la dengar lagu best ni..Irsyadee-taubat seorang hamba..sungguh menyentuh hati..xpercaya dengar la hehe..


Taubat Seorang Hamba Feat. Hafiz (ex-UNIC) - Irsyadee

Monday, 16 March 2009

..Hari Yang penat dan kalut..

Hari ini temujanji saya dengan Prof Yahwardiah selaku supervisor dalam membuat tesis nanti..excited nak jumpa prof sebab ni dah masuk kali ketiga perancangan untuk bertemu namun hanya tinggal perancangan sahaja kerana semua tidak menjadi..macam tula kehidupan,sehebat mana pun kita sebagai hamba merancang,ALLAH lagi sebaik-baik perancang..(nada pasrah)..Terlalu banyak perlu kami diskusi kan memandang tarikh akhir menghantar proposal semakin hampir..juz around the corner..23 hb ni semua kena submitt..terkebil-kebil mata hehe..

Seawal pagi saya sudah bangun untuk membuat persiapan terakhir dan meng'edit' di saat akhir..(biasa la tu)..uwahh banyak lagi juga mamcam x perfect..saya ni perfectionist ke?hahaha..if dalam psikologi modul yang lepas ni masalah juga if orang macam ni.istilah dia ANANKASTIK huhu..(gangguan keperibadian ke?teringat kt Mr HAPPY yang mengajar subjek ni)..orang yang mempunyai keperibadian anankastik ni selalunya akan mempunyai perasaan ragu-ragu berlebihan dan perfectionisme yang menghambat tugas seharian..hmmm saya xsampai macam tu kot..insyallah Mekanisme pertahanan ego masih baik.

Jam sudah pukul 11 pagi..alamak lagi sejam dr waktu yang ditetapkan..print out belum lagi..dah mula kalut dah.mandi belum lagi..daftar pustaka pun belum siap sepenuhnya.SMS terus dikirim ke teman seperjuangan supaya jangan tunggu saya dulu..langsung jumpa prof..terus mempercepat kerja..sudah jam 12..bila mahu print alamak lupa letak page number la plak..huhu..dh la bila kuar kt kertas xsama macam inginkan.hati mula marah hihi..sabar2..ahh xpe jela xletak page number..maybe prof nak tengok isi je ni.xtgknya dia page2 number ni huhu..menyedapkan hati.

"khedeejaa,prof tiada..awk letak je proposal ats meja prof".sms kawan saya.hancur hati..huhu..utk kali ketiganya saya xsempat jumpa prof.hmm xpela maybe ada hari lain yang lebih baik..terus menuju ke department Biochemistry antar proposal.hasrat hati mau ketemu ngak bisa dech..selepas itu apa lagi memujuk hati dengan ice cream kt A&W la hehe..

Kena pergi konsulat malaysia hari ni..hmm menggagahkan diri sorang2 naik angkot pergi ambil surat..(I wish u were here)..huhu..xpela PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA..menunggu lagi kat konsulat,sampai2 je office break lunch hour..penantian itu sungguh menyeksakan.hampir tertido dalam ruangan tetamu berhawa dingin itu.nasib sorang je.xdela malu sangat nak landing hehe..(tu hikmah dia kot..sempat merayau di SUN PLAZA sekejap..teringin nak makan breadtalk la..roti tang enak lagi lazat.1roti 1kek jadi pilihan.alhamdulilah sgt lazat..memandangkan kelas minggu tiada,kena isi masa lapang dengan benda bermanfaat..(acece yela tu..7VCD sudah dibeli.sempat menonton ke tidak xtau.)hehe..xpela atleast ada kan..

Sampai bilik terus merebahkan badan yang sangat penat..I think i need rest bcoz esk ada exam..CHOP..belum abis baca lagi ni..aihh malam ni kena pulun.BERJUANG UNTUK HARI MENDATANG..dari TAHU ke arah MAHU dan menuju ke MAMPU..

Saturday, 14 March 2009

cuti..

Hari ni saya takde class lg.bayak masa sket blok baru ni..nak siapkan proposal katakn..walaupun mcm tu,xsiap juga lg proposal..aihhh..fokus2..

Cuma kadang2 saya pelik la dgn org2 ni..dia suruh kita jauh dr dia,kita jauh dia plak dtg kt kita..apa ni..ish2..pening den di buatnya..

apa pn hidup perlu teruskan..perjalanan masih jauh

Thursday, 12 March 2009

..Begins with the end in mind..


Dalam kesibukan saya mengerjakan assigment dan proposal untuk tesis,sempat saya membelek buku-buku kesukaan saya yang di luar dari medical subject..terasa lega..tenang dari serabutnya otak..'AKU TERIMA NIKAHNYA'..lama benar saya mencari buku ini..alhamdulilah hari saya sudah mendapatkannya..

Dalam beberapa jam saya sudah menghabiskan lebih dari separuh buku ni..(agak cepat la sebab excited)..apa yang pertama saya nak sharing setakat yang saya sudah baca adalah "Begins with the end in mind"..apa maksudnya tu???

Setiap permulaan yang kita nak lakukan mestilah berfikir semasak-masaknya..kadang-kadang kita terlupa atau sengaja terlupa atau tidak sempat untuk memikirkan sedalam-dalamnya sebelum melakukan apa saja dalam hidup kita..mungkin setelah kita memahami istilah ini kita akan terlepas dari penyesalan diri sendiri..saya juga sering merasakan perasaan seperti ini..terlalu banyak keputusan yang kita perlu buat dan mesti lakukan dalam hidup..bagaimana tertekan menghadapi suatu masalah hanya Allah saja yang tahu peritnya hati menanggung..walau apa pun yakin lah setiap apa yang kita fikirkan dan ambil keputusan berlandaskan niat lilahitaala insyaallah semua akan dipermudahkan..

Memandangkan buku ini sebenarnya banyak menceritakan bagaimana nak menghadapi 'saat2 bahagia' kelak,saya kena baca dulu sehabisnya dan baru boleh kupas hehe..

Anyway sesiapa yang suka membaca tentang kehidupan seseorang,buku ini baik untuk anda semua jadikan santapan minda.semoga apa yang baik dijadikan pengajaran dan tauladan dalam hidup kita..

wasalam..
khadeejaa,medan

Wednesday, 11 March 2009

Proposal..

Tugas yang menyakitkan kepala belum siap..sangat stress..Ya Allah tunjukkanku jalan..

Monday, 9 March 2009

sekian lama..


Setelah lama saya menyepi dari menulis blog.Tangan seolah kaku untuk menaip..Hari ini alhamdulilah dapat peluang menjenguk kembali ke sini..

Ujian blok Brain and Mind System baru je berlalu..akhirnya tamat sudah sistem2 yang perlu saya tempuhi..Next blok Emergency Medicine..(perkara yang paling saya suka kut hehe)..

Keadaan yang bertambah sibuk dengan tesis yang baru masih dalam proses membuat proposal..RELATIONSHIP BODY MASS INDEX AND BLOOD PRESSURE..Begitula tajuk yang saya sendiri pilih.Nampak macam senang..tapi agak sulit sebenarnya huhu..Semoga Allah permudahkan urusan saya Insyaallah..(di dalam kesulitan itu pasti ada kemudahan:Al-Insyirah).Sokongan dari ayahbonda,keluarga,pensyarah2 dan sahabat handai amatla saya hargai dan harapkan.